Siapakah Kami?
Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP telah menubuhkan TAWFEQ iaitu Tabung Amanah Wakaf, Endowment dan Infaq sebagai badan yang meyelaras semua aktiviti pengumpulan dana termasuk dari zakat, wakaf, infaq, wakalah dan sumber am.
VISI
Menjadi tonggak kecemerlangan UCMI menerusi Kewangan Sosial Islam
MISI
Menjana Dana bagi melaksanakan Kebajikan dan pembangunan Ekonomi bagi memenuhi agenda Pendidikan
OBJEKTIF PENUBUHAN
Objektif utama penubuhan Tawfeq adalah bagi membangunkan UCMI sebagai Institusi yang lestari melalui “social funding” dan komersil yang patuh pada syariah dan pengurusan yang baik. Selain itu ia juga berperanan:
- Mencari dan menerima sumbangan dari pelbagai sumber
- Menjadi rakan strategik kepada MAIWP dalam Pembangunan Kewangan Islam dan Sosial melalui Zakat, wakaf dan Sumber Am.
- Menjana sumber kewangan untuk aktiviti pendidikan, perniagaan dan Kebajikan Kakitangan, Pelajar dan Asnaf
Penubuhan TAWFEQ ini juga bertujuan untuk membolehkan PICOMS menjana pendapatan menerusi kutipan endowment wakaf dan zakat dan dari pelbagai sumber untuk tujuan berikut:
- Mengurangkan yuran pembelajaran dan bebanan pinjaman PTPTN kepada pelajar Asnaf
- Pembangunan infrastruktur untuk digunakan oleh UCMI, para pelajar dan warga UCMI;
- Membantu para pelajar dan staf UCMI yang memerlukan bagi mengatasi kos kehidupan (cost of living);
- Membiayai aktiviti-aktiviti akademik dan pembangunan fizikal melibatkan pengajian, penyelidikan, penerbitan, perubatan, pembangunan Modal Insan dan lain-lainnya; dan
- Memberi peluang kepada masyarakat supaya dapat terlibat sama bersedekah dan menjadi pewakaf (waqf donor atau wakif).
PUSAT WAKAF MYRAHMAH
UCMI juga telah menubuhkan Pusat Wakaf MyRahmah dimana ia merupakan jalinan kerjasama antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP bagi melaksanakan agenda Wakaf Pendidikan MAIWP. Melalui perlantikan sebagai mutawali oleh MAIWP, UCMI akan dapat menjana pendapatan menerusi kutipan wakaf untuk digunakan bagi membiayai aktiviti-aktiviti akademik dan pembangunan fizikal melibatkan pendidikan, penyelidikan, penerbitan, perubatan dan lain-lain.
MUTAWALLI
UCMI telah menerima watiqah perlantikan secara rasmi sebagai Mutawali oleh MAIWP pada 20 November 2019
tawfeq
picoms
