Wakaf Pusat Rehabilitasi

RM0 of RM600,000 raised

 

Program dana pusat rehabilitasi untuk tujuan perkhidmatan kesihatan ini diilhamkan oleh Yang Berbahagia Prof Dr Wan Mohd Azizi bin Wan Sulaiman, Naib Canselor bersama ahli Lembaga Pengarah Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS (PIUC).

 

Pusat rehabilitasi yang dibuka pada tahun 2013 pada asalnya bertujuan untuk menyediakan satu tempat pembelajaran bagi pelajar-pelajar jurusan fisioterapi PIUC di samping memberikan perkhidmatan kesihatan sokongan kepada pesakit-pesakit terutamanya daripada golongan asnaf.

Saban tahun, pusat ini dilihat berkembang dengan lebih baik dalam memberikan rawatan kesihatan (fisioterapi) samada di pusat ini sendiri ataupun rawatan di rumah pesakit sendiri (Physio on Wheel).

 

Perkhidmatan ini telah diperluaskan iaitu untuk menjana pendapatan. Pesakit yang mendapat bantuan perubatan baitulmal serta daripada PERKESO juga kerap dirujuk ke fasiliti ini.

Namun, disebabkan kekangan saiz pusat yang terhad serta peralatan yang semakin usang, pesakit mula berkurangan serta kurang mendapat kepercayaan daripada pihak seperti PERKESO disebabkan maklumbalas daripada pesakit yang kurang memuaskan berbanding pusat-pusat rehabilitasi yang lain.

Tujuan dana pembangunan ini adalah untuk membuat pengubahsuaian tempat (minor), melengkapkan peralatan rehabilitasi di penempatan baru ini. Dengan adanya peralatan yang baru dan serba lengkap serta persekitaran yang kondusif, pusat ini akan dapat beroperasi dengan lebih baik bagi demi penjagaan kesihatan kepada pesakit.

Objektif utama program ini adalah untuk mengumpul dana sejumlah Ringgit Malaysia Enam Ratus Ribu ringgit (RM 600,000) iaitu kos pembelian peralatan serta projek pengubahsuaian prasarana baru. Hasil keuntungan daripada perniagaan akan digunakan untuk menampung perbelanjaan operasi pusat ini dan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan pesakit terutamanya mereka yang memerlukan seperti golongan asnaf.

RM
Personal Info

Terms

Donation Total: RM100.00