Wakaf Mesin Dialisis

RM380 of RM1.5 million raised

Projek Infaq dan Wakaf untuk Pusat Hemodialisis MAIWP PICOMS (PHMP) adalah bertujuan untuk mencari dana kebajikan bagi menambah baik mesin hemodialisis dan membuka Pusat Hemodialisis yang baru. Projek ini merupakan satu program di bawah Tabung Amanah Wakaf, Endowment dan Infaq (TAWFEQ) dan Pusat Wakaf MyRahmah Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS.

PHMP merupakan merupakan satu pusat dialisis swasta di bawah pentadbiran PICOMS sepenuhnya. PHMP telah mula beroperasi sejak tahun 2011. Sehingga kini PHMP mempunyai 3 cawangan di sekitar Kuala Lumpur.

  1. Pusat Hemodialisis MAIWP -PICOMS

No 3, Jalan 31/10A, Taman Perindustrian IKS,

68100 Kuala Lumpur

 

  1. Pusat Hemodialisis MAIWP -PICOMS

NO 32& 34, Persiaran 65C, Off Jalan Pahang

53000 Kuala Lumpur

 

  • Pusat Hemodialisis MAIWP -PICOMS

No 9, 9-1 jalan 1/54, Taman Bukit Anggerik

56000 Kuala Lumpur

PHMP mempunyai 42 buah mesin dialisis dan seramai lebih kurang 240 orang pesakit sedang menjalani rawatan dialisis di sini. Majoriti pesakit-pesakit di sini merupakan pesakit-pesakit asnaf.

Asas kepada program wakaf dan infaq ini ialah pelaburan dari dermawan untuk menyalurkan dana yang diperlukan bagi menubuhkan satu pusat hemodialisis. Jumlah dana yang diperlukan adalah sebanyak RM 1.5 juta. Dana ini merangkumi kos membeli mesin hemodialisis dan peralatan perubatan lain, kos renovasi, kos perlesenan, kos sumber manusia dan kos-kos lain.

Keuntungan dari pusat dialisis ini akan digunakan untuk untuk mengekalkan kos operasi serta penyelengaraan peralatan dialisis dan mengekalkan ‘ain’. Pengekalan ‘ain’ ini akan memastikan dana dari sumbangan wakaf yang diberikan akan berterusan.

RM
Personal Info

Terms

Donation Total: RM100.00