Wakaf Dapur Setempat

RM0 of RM600,000 raised

Projek Endowment dan Wakaf Central Kitchen untuk tujuan pendidikan dan kebajikan ini merupakan satu program dibawah Tabung Amanah Wakaf, Endowment dan Infaq (TAWFEQ) dan Pusat Wakaf MyRahmah Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS.

 

Bermula dengan program Food Bank iaitu penyediaan makanan kepada pelajar- pelajar yang kurang berkemampuan, Fakulti pengurusan PICOMS dengan kerjasama TAWFEQ dan Pusat Wakaf MyRahmah bercadang untuk mengembangkan program ini kepada skala yang lebih besar dan dapat dimanafaatkan oleh pelbagai pihak. Rancangan pembangunan sebuah dapur setempat atau “Central Kitchen” telahpun dirangka dan kini memerlukan dana untuk pembangunan seterusnya.

 

Tujuan pembangunan dapur setempat ini adalah selain untuk kegunaan latihan praktikal untuk pelajar PICOMS, ianya juga dapat digunakan untuk penyediaan makanan berkonsep “Food Bank” untuk diagihkan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

 

Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS adalah merupakan Anak syarikat Majlis Agama Wilayah Persekutuan MAIWP yang ditubuhkan sejak 1993 bagi membantu pendidikan terutama dikalangan golongan Asnaf dan sehingga kini ia telah melahirkan lebih 6000 graduan dalam pelbagai bidang.

Objektif utama program ini adalah untuk mengumpul dana sebanyak RM 600,000 untuk digunakan bagi membangunkan dapur setempat/ “central kitchen” di Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS.

RM
Personal Info

Terms

Donation Total: RM100.00