Wakaf Ambulan

RM100 of RM600,000 raised

 

Perkhidmatan ambulan swasta merupakan salah satu perkhidmatan berkait dengan perubatan dan kesihatan yang terlibat dalam rawatan dan pemulihan pesakit. Perkhidmatan ini melibatkan beberapa profesion sains kesihatan seperti Pembantu Perubatan dan Jururawat yang bekerja dalam kumpulan multidisiplin bersama-sama dengan profesion seperti doktor bahagian rawatan umum dan rawatan kecemasan. Kumpulan multidisiplin ini perlu bekerjasama bagi mencapai matlamat pengurusan pesakit ke tahap yang maksimum. Selain itu, perkhidmatan ini juga amat diperlukan di hospital kerajaan atau swasta, pusat heamodialisis, Pusat penjagaan kejururawatan, Pusat penjagaan warga emas, klinik pesakit luar kerajaan atau swasta yang mana keperluan tersebut semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Perkhidmatan ambulan meliputi semua pesakit yang mengalami masalah fizikal, medikal, neurologikal dan psikologikal yang memerlukan perkhidmatan pengangkutan yang lengkap dengan peralatan perubatan kecemasan dan bukan kecemasan. Asas perkhidmatan pengangkutan pesakit ini merangkumi daripada beberapa klasifikasi atau kategori seperti keperluan pengangkutan bukan kecemasan ;  rawatan harian pesakit ke pusat heamodialisis, temujanji pesakit ke klinik pakar atau pusat fisioterapi, keperluan pengangkutan pesakit kecemasan ; pesakit perlu dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan bagi kategori Zon Merah, dan zon kuning. Keperluan pengangkutan pesakit ini semakin meningkat disebabkan oleh beberapa faktor terutamanya yang melibatkan kepada komplikasi penyakit yang menyebabkan pesakit kehilangan fungsi tubuh badan normal seperti lumpuh dan koma.

Perkhidmatan ini juga mampu memberikan perkhidmatan perubatan sokongan bagi majlis-majlis rasmi, sukan antarabangsa atau domestik dan reakreasi. Perkhidmatan ambulan ini juga akan melaksanakan perkhidmatan rawatan dan prosedur kejururawtan di rumah serta penyewaan peralatan sokongan perubatan seperti tanki oksigen dan katil perubatan. Jumlah perbelanjaan untuk membeli 2 buah ambulan beserta kelengkapan adalah sebanyak RM600,000.

RM
Personal Info

Terms

Donation Total: RM100.00