Infaq Komputer Riba

RM110 of RM300,000 raised

Covid-19 yang berlaku di masa ini telah membuka satu “new world order” dan “disruptive” dalam kehidupan manusia dimana berlaku Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ramai yang terpaksa bekerja dari rumah. Di dalam era teknologi serta cabaran IR 4.0 ini, ramai yang telah mula mengadaptasi kaedah bekerja dan belajar secara “online” dimana penggunaan teknologi dan internet merupakan kaedah yang sangat membantu.

Mengharungi situasi ini, Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS telah melakukan inovasi bagi memudahkan kaedah pembelajaran di masa PKP dan akan datang dengan  menghasilkan pembangunan teknologi dan sistem pembelajaran secara dalam talian (“online”) dimana buat kali pertama, PICOMS juga telah berjaya melaksanakan peperiksaana secara “online” baru-baru ini

Bagi membantu pelajar dikalangan mereka yang kurang kemampuan untuk turut sama dalam pembelajaran secara “online” dan juga sebagai kemudahan kepada para pensyarah untuk menyediakan modul pembelajaran, maka pihak PICOMS bercadang untuk melancarkan projek mencari Dana sumbangan infaq dan endowment bagi tujuan pembelian komputer riba / laptop yang akan disumbangkan kepada pelajar dikalangan golongan asnaf yang layak dan juga untuk pensyarah yang memerlukan.

Usaha bagi mendapatkan sumbangan infaq dan endowment ini akan di terajui oleh Pusat Waqaf MyRahmah PICOMS dan akan dibantu oleh Jabatan Hal ehwal Pelajar, Jabatan I.T dan Jabatan Pembangunan Perniagaan.

Untuk tujuan ini, pihak pengurusan PICOMS dan Pusat Waqaf MyRahmah bercadang untuk mendapatkan samada computer riba yang baru ataupun  “refurbish laptop” dari beberapa pembekal dan seterusnya berusaha mendapatkan penajaan dan sumbangan dari pihak korporat dan orang ramai.

Sebagai permulaan, jumlah laptop yang disasarkan adalah sebanyak 200 buah dan akan ditambah mengikut jumlah kutipan infaq dan endowment. Berikut ialah contoh spesifikasi yang dicadangkan dan harga anggaran untuk setiap laptop. Jumlah sasaran sumbangan  yang diperlukan adalah sebanyak RM 300,000 dan jumlah pembelian akan bergantung kepada nilai dan jumlah sumbangan infaq dan endowment yang dapat dikumpulkan.

 

RM
Personal Info

Terms

Donation Total: RM100.00